Sama ada kita sedar atau tidak, kadang kala WARNA mempengaruhi hidup kita. Ada yang kata kalau keletihan, cuba lihat warna hijau seperti lihat daun-daun atau pemandangan yang kehijauan. Sejauhmana berkesannya terapi ini, ianya bergantung kepada interpretasi keberkesanannya terhadapa individu itu sendiri. Apa pun, saya ingin berkongsi maklumat sedikit sebanyak berkenaan kelebihan warna-warna di dalam kehidupan kita :
Anda rasa tertekan? Cuba fokuskan mata anda kepada sesuatu yang berwarna biru. Ia berupaya meransangkan suasana tenang dan ianya dapat mengurangkan tekanan darah.
Cuba ubah screen saver komputer anda kepada warna-warna yang dapat membuatkan anda merasa tenang dan mengurangkan rasa tegang.
Apabila anda merasa murung atau cuba untuk mengembalikan tenaga anda, cuba sesuatu yg berwarna jingga. Insyaallah, pasti mood anda akan berubah.
No comments:
Post a Comment