Aset pelengkap gaya
Style
PENGGUNAAN beg plastik diketahui umum memberi implikasi negatif kepada persekitaran. Menyedari keperluan itu, penggemar aksesori, Jona Hidayati Qamaruzzaman memasarkan beg guna semula yang boleh menggantikan fungsi beg plastik.
MUDAH...beg boleh dilipat dan disimpan di dalam beg kecil jika tidak digunakan
Didatangkan dalam pelbagai corak dan rekaan terkini, beg ini bukan saja berfungsi untuk meletakkan barang ketika membeli-belah, malah boleh menjadi aset pelengkap gaya seseorang.
Beg diperbuat daripada bahan campuran plastik yang berkualiti tinggi mampu menampung berat barang dan pengguna tidak perlu bimbang kemungkinan ia terkoyak.
Lebih menarik, ia boleh dilipat dan disimpan di dalam beg kecil yang turut diberi dengan setiap pembelian jika tidak digunakan.
Beg ini berharga RM15 dan ditawar dengan pelbagai corak yang pastinya menawan hati. Bagi yang ingin mendapat maklumat lanjut boleh melayari laman web,http://jonasroom.blogspot.com.
Source : Metro Ahad
By : RAJA NORAIN HIDAYAH RAJA ABDUL AZIZ
04 Jul 2010
No comments:
Post a Comment